Tuesday 18 December 2012

Koleksi Rania


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah beberapa hari tiada update daripada Rosezie Collection, almaklumlah cuti sekolah sibuk melayan anak-anak dan dihambat kesibukan lain. Dalam pada itu saya juga telah memasukkan beberapa stok pakaian baru di Rosezie Collection di Bazaar@Seven mahupun di B54@Uptown Shah Alam.  Untuk memudahkan anda membuat pilihan kami memperkenalkan nama-nama kepada semua koleksi kami..jadi bila ke kedai/butik kami nyatakan sahaja nama koleksi tersebut.
Koleksi yang terkini dan mendapat sambutan hangat ialah koleksi Rania iaitu blaus muslimah yang boleh dipadankan bersama jeans, pallazo atau skirt kembang. Rania diperbuat daripada material lycra terbaik dan kami menyediakan pelbagai warna dan saiz bermula daripada XS hingga ke XL. Rania longgar dan direka dengan cuff di tangan, agar tidak melurut ke bawah sekiranya anda mengangkat tangan, dan tidak perlu lagi memakai sarung lengan. Jadi jika berminat sila pm kami di FB Roseziecollection atau emel di roseziecollection@gmail.com. Jika berkesempatan silalah berkunjung ke butik kami. InsyaAllah kami buka setiap hari daripada jam 11 pagi hingga 10 malam. Jumpa anda di sana.
Jom tengok foto koleksi Rania.





Salam sayang,
Rose Zie

No comments:

Post a Comment