Tuesday 26 March 2013

Peplum March 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah koleksi terbaharu kami yang juga mendapat sambutan baik daripada pelanggan. Saiz bermula XS-L.










Selamat bercuti sekolah.

Salam sayang,
Rose Zie


Sunday 24 March 2013

Tips untuk memilih seluar/celana yang sesuai


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan berkongsi tips atau trick untuk memilih seluar/celana yang sesuai mengikut bentuk tubuh kita masing-masing. Tips ini dirasakan amat sesuai untuk diamalkan kerana ada yang tersalah memilih seluar yang sesuai menjadikan mereka lebih “kurang” cantik atau pun seluar tersebut terus tidak dipakai walaupun hanya sekali sahaja pakai dan mahal harganya. Membazir bukan? Kebanyakkan kita meluangkan berjam-jam lama di kedai dan dari satu butik ke butik yang lain hanya untuk memiliki sehelai seluar kan…ianya bukan kerja mudah. Betul tak?
Sekarang kita lihat jenis seluar dan kesesuaiannya (image google).

Seluar “straight leg”
Ianya adalah seluar yang sesuai dengan semua jenis bentuk badan…atau istilah “selamat untuk semua” ini kerana ianya mempunyai kelebaran yang seragam dari bahagian atas seluar hinggga ke bawah.  Ianya juga menghasilkan ilusi lurus sepanjang kaki anda. Ianya menyembunyikan pinggang dan juga pinggul yang besar sekaligus membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Wah menarik bukan. Dan elakkan membeli seluar jenis ini yang mempunyai “taper” atau lipatan keatas yang akan menampakkan anda pendek dan kurang keseimbangan atas dan bawah. Sememangnya memilih seluar jenis ini adalah berbaloi dan yang penting anda lebih kelihatan cantik.


Seluar “Boot cut”
Pada asalnya seluar jenis ini direka untuk dipakai bersama but iaitu memasukkan but anda di dalam seluar, namun kini penggunaannya untuk dipadankan dengan semua jenis kasut. Ianya bersifat tradisional dan muat untuk pinggang dan pinggul anda dan lurus, ianya memberikan gaya “full figure” menghasilkan ilusi kaki lebih panjang  dan cantik, sesuai untuk semua jenis bantuk badan.



Seluar “skinny”
Ianya bukan untuk semua orang…kerana ianya direka khas untuk mereka yang mempunyai bentuk badan “hour-glass” atau yang dan lebih digemari oleh anak muda atau teenagers. Dan kegilaan terhadap skinny telah menghasilkan pelbagai rekaan seluar jenis ini dengan pelbagai fabric dan warna garang seperti pink, merah, hijau dan maroon. Seluar jenis ini dkategorikan seluar untuk yang kurus dan sesuai jika dipadankan dengan but yang dipakai di luar iaitu seluar dimasukkan dalam but dan disesuaikan dengan pakaian labuh…ala macam model jaket tu…




Seluar “wide leg”
Ianya lebih sesuai kepada wanita yang tinggi dan tidak berisi atau lain kata sedikit kurus. Ianya direka tidak terlalu ketat dan longgar di bahagian bawah kaki…dan sedikit mengikut bentuk peha. Dan penggunaan heel memberikan efek yang lebih menarik. Tapi heels jangan yang tinggi sangat ya..sebab lari konsep penggunaan seluar ini iaitu simple dan elegan.


Seluar “cropped pants”
Pernah dengar tak? Saya rasa jarang yang mendengar tapi ramai yang pernah melihatnya Cuma tidak perasan apa nama seluar ini. Seluar jenis ini adalah seluar yang pendek atau lebih singkat dan diatas buku lali anda. Ianya sesuai digayakan diwaktu musim panas. Untuk yang sedikit berisi penggunaan seluar yang diatas buku lali atau atas sedikit adalah digalakkan. Jika memilih yang lebih singkat ianya menyebabkan anda lebih berisi..   Namun sebaliknya untuk yang tinggi pilih yang dibawah buku lali…untuk efek tidak terlalu tinggi atau nampak senteng.


Seluar “Pallazo”
Ianya adalah seluar yang amat popular sekarang kerana lebih murah dan selesa. Tapia was jangan membeli seluar pallazo yang ketat di bahagian pinggul kerana menampakan imej seksi dan tidak selesa. Seluar palloza juga perlu disesuaikan mengikut ketinggian anda, jadi pilih yang sama dengan ketinggian anda iaitu tidak terlalu labuh atau senteng kerana ianya mencacatkan penampilan anda. Untuk yang kurus anda boleh “tight in” baju/top anda ke dalam seluar pallazo, namun jika anda berisi jangan melakukan demikian kerana menampilkan efek lebih berisi dan gempal. Jadi pilihlah pallazo yang sesuai…


Rumusannya ialah seluar  jenis apa pun kena cuba dulu, baru beli ok sebab wanita akan Nampak sehelai seluar itu cantik dimatanya padahal jika disarung pada badan sendiri memang ada kekurangannya disitu, jika tiada kekurangan ayuh ke kaunter bayar yer..hehhehe.
Ok selamat memilih seluar yang sesuai untuk anda dan pastikan “syariah compliance” baru beli…

Salam sayang,
Rose Zie

Thursday 21 March 2013

Bestseller 2013: Blaus Rania

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Koleksi yang Bestseller untuk tahun 2013: Blaus Rania. Ianya adalah blaus longgar, tangan cuff dan selesa dipakai. Material: Lycra. Warna: Pelbaga warna masa kini...Boleh dipadankan dengan seluar biasa, pallazo mahupun skirt kembang.

Jom tengok fotonya

Regards,
Rose Zie

Tuesday 12 March 2013

Kain Lycra Seksi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin memberikan komen dan penjelasan mengenai pertanyaan yang mengatakan bahawa kain lycra seksi. Dan pihak saya mengakuinya...tetapi kain yang lebih melekat dan seksi ialah jenis spandex iaitu yang memeri dan mengikut bentuk badan. Biasanya kain spandex ini dibuat top/t-shirt dan ramai yang memilihnya untuk dipadankan dengan jeans yang juga ketat.

Kain lycra adalah sejenis material yang berat dan akan "jatuh" bila dipakai...oleh itu akan sedikit menyerlahkan bentuk dada si pemakai. Namun mengikut pemerhatian saya, kain ini adalah tebal dan lebih bermutu kain tersebut maka lebih tebal dan maka kurang seksi atau kurang menampakkan bentuk dada. Dan kebanyakkan jubah yang kami hasilkan juga adalah daripada material lycra yang bermutu namun adalah setiap kali dalam blog ini saya mengesyorkan kepada anda pelanggan-pelanggan kami agar memakai tudung/shawl/selendang yang menutup rambut dan dada dengan sempurna. Dan diingatkan agar tudung yang dikenakan ialah dari jenis bukan lycra nipis atau lebih selamat gunakan cotton, bawal dan jangan "diselempangkan" ke bahu...macamana mahu tutup dada jika diselempangkan.

Lycra

Pakai tudung yang menutup dada...


Saya rasa anda semua cukup maklum bahawa ikon dakwah Prof. Dr. Muhaya juga mengenakan jubah Lycra dan beliau bijak memadankan dengan tudung yang labuh dan kadangkala yang versi Lycra juga. Dan Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood juga mengenakan tudung yang diperbuat daripa lycra dan juga cotton. Bagi pendapat saya yang tidak pakar ini, adalah penting anda memilih tudung yang berkualiti dan tidak menampakkan bentuk dada mahupun telinga...lebih labuh dan tebal lagi bagus...saya pernah membaca ada komen daripada blogger terkenal yang menyatakan "handbag nak mahal, tudung nak murah"....jadi tepuk dada tanya iman...semoga kita terus istiqomah dalam menutup aurat.

Salam sayang,
Rose Zie

Koleksi Amina 2pcs

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pembaca budiman, pos kali ini saya akan berkongsi koleksi Amina yang terbaharu..

Jom tengok, jika berkenan silalah berkunjung ke butik kami..harga yang ditawarkan ialah berbaloi dan mampu milik.



Regards,
Rose Zie

Ini adalah koleksi Peplum 2pcs Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah koleksi Peplum 2pcs Mac 2013.
Dapatkan di butik kami. Sokongan anda amat kami hargai.



Selamat bergaya dan berjaya!

Regards,
Rose Zie

Sale 20% Tasneem Collection

Assalamualaikum and Hi,

Good news, good news..



Please grab the opportunity.

Regards,
Rose Zie

20% Diskaun Koleksi Jubah 2pcs Cinderella Cut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita baik: 20% Diskaun Koleksi Jubah 2pcs Cinderella Cut ataupun lebih dikenali sebagai Koleksi Tasneem yang "bestseller" dan laku keras.

Ini adalah yang terbaharu:













Jangan lupa pakai tudung menutup dada dan rambut dengan sempurna ya...

Salam sayang,
Rose Zie

Wednesday 6 March 2013

Maxi Terbaharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah koleksi maxi/jubah/dress sequin terbaharu kami. Dapatkan di butik kami...Ada diskaun untuk pembelian anda.

Enjoy:



Salam sayang,
Rose Zie

Peplum set 2Pcs Terbaharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah koleksi Peplum set 2 pcs yang terbaharu...

Enjoy:







Dapatkan tudung, peplum blaus dan skirt di butik kami. 

Salam sayang,
Rose Zie


Monday 4 March 2013

Peplum Set 2pcs

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah koleksi Peplum Set 2pcs kami yang terbaharu yang dipadankan dengan inner neck dan tudung shawl sakura. Set peplum ini dihiasi sulaman yang berwarna kontra. Kami ada beberapa warna yang menarik dan saiznya pula bermula S-L.

Hayati Fotonya:


Salam sayang,
Rose zie

* Marilah sedekahkan Alfatihah kepada pahlawan yang terkorban di sabah. Dan sama-sama doakan keselamatan dan keamanan negara kita terpelihara. Amin.

Friday 1 March 2013

Tudung Irine

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan kongsikan mengenai Tudung Irine yang materialnya ialah Lycra cotton, yang labuh dan boleh dililit mengikut kesesuaian dan labuh yang diingini. Warna: pelbagai warna.

Jom hayati:

Tudung: Tudung Irine
Top/blaus: Peplum
Skirt: Skirt princess cut and berombak



Dapatkannya di butik kami.
Salam sayang,
Rose Zie