Tuesday 12 March 2013

Kain Lycra Seksi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin memberikan komen dan penjelasan mengenai pertanyaan yang mengatakan bahawa kain lycra seksi. Dan pihak saya mengakuinya...tetapi kain yang lebih melekat dan seksi ialah jenis spandex iaitu yang memeri dan mengikut bentuk badan. Biasanya kain spandex ini dibuat top/t-shirt dan ramai yang memilihnya untuk dipadankan dengan jeans yang juga ketat.

Kain lycra adalah sejenis material yang berat dan akan "jatuh" bila dipakai...oleh itu akan sedikit menyerlahkan bentuk dada si pemakai. Namun mengikut pemerhatian saya, kain ini adalah tebal dan lebih bermutu kain tersebut maka lebih tebal dan maka kurang seksi atau kurang menampakkan bentuk dada. Dan kebanyakkan jubah yang kami hasilkan juga adalah daripada material lycra yang bermutu namun adalah setiap kali dalam blog ini saya mengesyorkan kepada anda pelanggan-pelanggan kami agar memakai tudung/shawl/selendang yang menutup rambut dan dada dengan sempurna. Dan diingatkan agar tudung yang dikenakan ialah dari jenis bukan lycra nipis atau lebih selamat gunakan cotton, bawal dan jangan "diselempangkan" ke bahu...macamana mahu tutup dada jika diselempangkan.

Lycra

Pakai tudung yang menutup dada...


Saya rasa anda semua cukup maklum bahawa ikon dakwah Prof. Dr. Muhaya juga mengenakan jubah Lycra dan beliau bijak memadankan dengan tudung yang labuh dan kadangkala yang versi Lycra juga. Dan Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood juga mengenakan tudung yang diperbuat daripa lycra dan juga cotton. Bagi pendapat saya yang tidak pakar ini, adalah penting anda memilih tudung yang berkualiti dan tidak menampakkan bentuk dada mahupun telinga...lebih labuh dan tebal lagi bagus...saya pernah membaca ada komen daripada blogger terkenal yang menyatakan "handbag nak mahal, tudung nak murah"....jadi tepuk dada tanya iman...semoga kita terus istiqomah dalam menutup aurat.

Salam sayang,
Rose Zie

No comments:

Post a Comment