Thursday 3 July 2014

Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam Ramadhan..dan tidak terlewat saya berkongsi doa berbuka puasa...Semoga bermanfaat.

Doa Berbuka Puasa:

Ibnu ‘Umar RA berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca:
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.
Maksudnya: “Hilanglah segala kehausan, telah basah segala urat-urat dan semoga tetaplah beroleh pahala”. [Hadis riwayat Abu Daud “Sahih”]


Abdullah Ibnu ‘Amr Al-‘Ass RA berdoa ketika berbuka puasa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْء،ٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: “Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. [Hadis riwayat Ibn Majah “Hasan”]
 

Adapun doa yang sering dibaca oleh umat Islam dan diajar di sekolah ialah:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka, maka terimalah dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [HR: Al-Daruqutni].
 

Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu’: “Sanadnya Dhaif”.
Doa apabila berbuka puasa di rumah orang.
أَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلائِكَةُ.
“Orang-orang yang berpuasa telah berbuka dengan kamu dan orang-orang yang mulia telah memakan makanan kamu serta para Malaikat mendoakan agar kamu mendapat rahmat”


Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana yang mustajab (makbul) ialah doa orang berpuasa, Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” [HR: Ibn Majah]


Salam Sayang
Rose Zie