Friday 30 November 2012

Jubah Al Munawarrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan paparkan mengenai Jubah Al Munawarrah. Ianya adalah jubah 2 pieces yang terdiri daripada jubah dan sehelai cardigan yang berombak. Material yang digunakan ialah Lycra dan Cotton. Di bahagian dada dihiasi dengan batu berkilat.

Jom layan foto.



Jika ada kesempatan datanglah berkunjung ke Butik saya di Bazaar@Seven Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Jika ada persoalan emel kami dan jangan lupa LIKE kami di FB.

Salam sayang,
Rose Zie

Quote of the day " Percayalah tiada yang berlaku secara kebetulan, segalanya atas kehendakNya".

Temui kami di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada pembaca dan pelanggan budiman, sila like kami di Facebook yer.

FB:  Search:    Roseziecollection   dan like beramai-ramai.







Saya amat menghargai sokongan anda.


Cheers,
RoseZie

Wednesday 28 November 2012

Jubah Potongan Princess Terbaharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya akan memaparkan beberapa foto stok terbaharu Jubah Potongan Princess. Kami baru memasukkan stok baru di butik kami di Bazaar@Seven seksyen 7, Shah Alam. Silalah berkunjung yer...kami menawarkan harga yang menarik dan berpatutan. Koleksi jubah ini bermula dari saiz s hingga XL. Material yang digunakan ialah lycra. Ianya selesa dipakai dan "jatuh" atau terletak di badan. Rekaan kami adalah longgar dan berombak. Kami juga menerima tempahan untuk lebih daripada 5 pasang..iaitu "custom-made".

Inilah fotonya:









Dan tidak lupa juga selamat berkonvo kepada Graduan UiTM dan selamat bercuti kepada semua pelajar.

Quote of the day " Impossible is nothing because I'M POSSIBLE".

Salam sayang,
RoseZie

Friday 23 November 2012

Warna dan pengaruhnya pada Emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Warna pakaian atau warna kamar tidur dan cat dinding rumah kita sebenarnya boleh mempengaruhi kita lebih daripada apa yang kita jangka dan fikirkan. Di dalam kehidupan seharian kita sebenarnya dipenuhi dan dikelilingi dengan pelbagai warna. Bayangkan hidup kita seperti keadaan di dalam tv hitam putih…mesti membosankan. Ada kajian menunjukkan kita “merasa” warna lebih daripada kita melihatnya. Itulah penyebab kita sering terpesona dengan makanan yang bervariasi warnanya dan tidak kosong sahaja. Dalam islam warna yang disyorkan ialah hijau dan putih. Pereka bentuk dalam ataupun “interior designers” menggunakan warna untuk inspirasi, tenaga dan ketenangan. Jadi warna juga mempengaruhi apa yang kita pakai….Tak percaya? jom cuba gayakan warna yang berbeza untuk seminggu..5 hari, 5 warna berbeza..dan catatkan emosi, mood dan kelakuan anda.
Dan sekarang masanya untuk kita menambah ilmu mengenai warna dan pengaruhnya dalam emosi kita:
Merah
Mahu mendapat perhatian seseorang hari ini? Cuba merah. Warna merah sebenarnya boleh menguasai dan memperkasakan anda serta menarik sesorang kepada anda. Ianya selalu dikaitkan dengan romantik, dan keghairahan dan sesuai sebagai warna tema untuk temujanji anda bersama insane istimewa. Harus diingatkan bahawa merah juga sering dikaitkan dengan warna yang membangkitkan selera makan dan sering lapar…itulah sebab mengapa KFC dan  McD menggunakan warna merah sebagai tema restoran dan logo mereka. Oleh itu berhati-hati dalam memilih warna pakaian anda jika anda dalam zon berdiet.

Image google...
Jingga atau oren
Seperti juga warna merah, jingga juga membuahkan daya tarik positif dan tenaga, tetapi tidak sekuat merah. Ianya membangkitkan daya tarik dan tenaga yang sederhana dan lebih lembut. Jingga sukar dipadankan dengan banyak jenis ton kulit. Jadi cuba dahulu warna oren pada badan anda sebelum membeli atau memilikinya…seperti baju kurung jingga…



Kuning
Warna kuning boleh menceriakan hari anda yang sunyi dan membosankan serta hari “buruk” anda. Memakai pakaian kuning sebenarnya membangkitkan semula mood anda yang sedih itu. Kuning juga dikaitkan dengan intelektual dan inspirasi. Jadi pakai warna kuning dihari anda memjawab kertas peperiksaan mungkin ianya boleh membangkitkan idea dan mencerdaskan fikiran anda pada hari tersebut. 


Hijau
Hijau adalah warna yang mententeramkan dan melembutkan, kerana ianya bersatu dengan alam dan persekitaran luaran kita seperti damainya tatkala melihat pokok, sekebun taman, seluas lautan memandang kebun teh dan sebagainya. Hijau juga menyegarkan dan boleh mengurangkan stress. Ada kajian yang menyatakan memandang pada yang berwarna hijau dapat menghilangkan stress terutama selepas menelaah pelajaran menjelang peperiksaan. Jadi pakailah hijau untuk lebih tenang dan memtemteramkan insane sekeliling anda.



Biru
Biru seringkali dikaitkan dengan warna yang mendamaikan dan mententeramkan dan menyejukkan. Sepertimana perasaan kita memandang sebiru lautan di pantai indah. Jika anda diselubungi stress apakata pakai biru dan anda akan rasa lebih tenang…Kajian juga menyatakan seseorang yang suka warna biru lebih kreatif. Jadi pakailah biru dihari temuduga anda…



Ungu
Warna ungu dikaitkan dengan warna agung dan sofistikated, kreatif dan kemewahan. Sepertimana merah, ungu membangkitkan tenaga dan berkait rapat dengan spirit dan gerak hati. Oleh itu jika ingin gerak hati yang positif pakai ungu dan rasakan kuasanya…


Merah Jambu
Merah jambu adalah warna kegemaran wanita, kanak-kanak perempuan ataupun dikaitkan dengan “true girly-girl’s favorite color”. Tetapi ianya adalah warna romantik dan tenaga positif serta kegembiraan kebahagiaan.  Merah jambu menyamankan dan sesuai untuk temujanji romantis anda. Tapi jika anda sememangnya tidak sukakan warna jambu, jangan sesekali mencubanya, boleh jadi hari anda jadi “buruk”.



Putih
Putih melambangkan kebersihan, kesunyian dan keaslian dan kedamaian..serta kesederhanaan. Pakai kontra putih untuk membangkitkan warna lain contohnya white belt untuk dress hitam. Itu adalah kuasa putih yang “highlight” warna lain.


Hitam
Hitam itu menawan. Ianya membuahkan perasaan kuasa, keseriusan, tanggungjawab. Pakai hitam di hari temuduga….sut hitam..anda lebih mempunyai peluang cerah mendapat kerja pada hari tersebut….Warna hitam membuatkan ilusi optik dengan menjadikan anda lebih kurus dan langsing…cubalah bandingkan anda pakai hitam dan pakai warna lain…
mesti ada bezanya.




Kesimpulannya warna amat memainkan peranan membangkitkan mood anda. Cubalah pelbagai warna, supaya hidup anda seindah pelangi, seceria mentari, semekar bulan mengambang, segemerlap bintang dilangit.


Sumber: http://www.collegefashion.net

Salam ceria,
Rose Zie

Thursday 22 November 2012

Trend "Color Blocking"

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak tahun 2011 lagi sebenarnya Trend "Color Blocking" telah bermula di US dan juga di Eropah serta negara negara lain disekitarnya.

Di Malaysia, Trend "Color Blocking" mula bermula pada awal tahun 2012. Apa yang dimaksudkan dengan dengan "Color Blocking"? "Color Blocking" ialah menggabungkan dua atau tiga warna sekaligus untuk digayakan semaada pada pakaian yang dipakai ataupun pada aksesori yang digayakan. Warna dan rona yang dipilh pula ialah warna warna yang "plain" dan terang...


Color wheel 

Cuba gabungkan 2 atau tiga daripada warna diatas...

Hasilnya:
Color blocking pada rekaan sepatu


Satu gaya yang lengkap...



Image Ihsan Google....

Kesimpulannya: Apa yang dipakai biarlah bersesuaian dan menarik serta "syariah compliance".

Silalah berkunjung ke Bazaar @ Seven kerana terdapat banyak pilihan untuk Trend "Color Blocking" anda...Di Bazaar@Seven terdapat banyak butik/toko yang terkenal seperti Koleksi Sohhor, Almaree by Twinz, Ellyz Fashion dan EcahFa Collection...

Salam sayang,
RoseZie


Wednesday 21 November 2012

Tips Memilih Pakaian Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi "Tips Memilih Pakaian Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh". Artikel ini diperolehi daripada http://akusukashare.blogspot. Saya pernah membaca artikel seperti di majalah Cosmopolitan Australia. Adalah penting untuk kita memahami bentuk badan sendiri.


Setiap wanita tentu ingin tampil sempurna dengan mengenakan pakaian yang bagus apalagi yang berjenama atau "designer clothes". Namun pakaian yang bagus dan branded belum tentu sesuai dengan bentuk tubuh. Memakai pakaian yang sesuai bentuk tubuh lebih memukau meskipun itu bukan pakaian yang berjenama terkenal, salah satu alasannya adalah faktor keselasaan saat pakaian tersebut dipakai. Bila si pemakai sudah merasa nyaman, tentunya akan timbul rasa yakin. Sebenarnya yakin membuatkan anda cantik.



Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, sebelumnya perlu diketahui dahulu bagaimana bentuk tubuhnya. Pada umumnya, bentuk tubuh wanita 4, iaitu :


1) Bentuk Epal


Dikatakan berbentuk epal karena tubuh wanita ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar. Untuk mengenalpasti, gunakan pakaian dengan model empire ( dress dengan tali di bahu ). Gunakan pakaian dengan bentuk leher V dan yang berlengan panjang untuk menyeimbangkan bentuk tubuh. Pilih pakaian yang ukurannya sesuai di badan ( yang dapat membentuk lekuk badan ), gunakan belt dengan ukuran sedang/besar untuk lebih membantu. Untuk pemilihan warna, cuba pilihlah pakaian dengan warna-warna yang cerah dan terang untuk atasan, dan warna gelap untuk bawahan. Agar pinggang terlihat lebih ramping, pakai celana dengan model di atas lingkar pinggang. Menggunakan celana berpotongan lurus lebih disarankan. 

Hindari pakaian dengan bentuk leher 'turtleneck' karena menimbulkan kesan semakin berisi. Jangan memberikan terlalu banyak detail di bagian pinggang, seperti manik-manik atau belt yang kecil. 


2) Bentuk Buah Pear

Ciri wanita dengan bentuk tubuh pear shape adalah tubuh cenderung lebih besar di bagian bawah ( pinggul, paha ). Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah pakaian yang mampu menyeimbangkan bagian atas tubuh dengan bagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang dapat dipilih. Pakaian atasan yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak di bagian bahu/lengan dapat digunakan untuk menyeimbangkan tubuh. Untuk bawahan, seluar adalah dengan basic cut dan celana slim/boot cut sangat sesuai untuk dikenakan.
Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap. Untuk celana jangan kenakan celana dengan model pensil/tube atau yang ketat di pinggul kerana dapat menonjolkan bentuk pinggul yang besar. 




3) Bentuk 4 Segi atau Brick/Rectangle

Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul cenderung sama, dan terkesan tubuhnya lurus/kurus. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan belt, atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
Hindari pakaian dengan jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu ramai. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.






4) Bentuk Jam pasir/ hour Glass

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Cirinya yaitu memiliki garis bahu dan garis pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi. Untuk pakaian boleh mengenakan jenis atasan dengan leher yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah. Untuk bawahan bisa mengenakan seluar  dengan potongan A-line/pensil agar lebih ramping. Sedangkan untuk celana pilih apa saja asal tidak terlalu besar dibagian bawah.








Kesimpulannya, bijaklah memilih pakaian yang bersesuaian dengan anda. Hindari pakaian yang seksi, tidak menutup aurat, ketat dan yang jarang...Tepuk dada tanya selera.

Salam sayang,
RoseZie

Tuesday 20 November 2012

Adab Selepas Shopping Baju...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baju dan seluar baru dah ada kan? Jadi apa yang harus dilakukan? Adabnya ialah:

1. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi yang bermaksud, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah.”

2. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bermaksud, “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Hadis riwayat Muslim).

3. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafazkanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.


Image google...
sila semak almari kita, ada pakaian yang tidak digunakan bolehlah bersedekah.

Salam sayang,
RoseZie

Monday 19 November 2012

Jubah Muslimah Potongan Cinderella

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin menwar-warkan mengenai Jubah Muslimah Potongan Cinderella yang saya reka bersama tailor yang dilantik khusus untuk menjahit jubah ini. Jubah Muslimah Potongan Cinderella tampil dalam dua pilihan rekaan iaitu samaada "one piece" ataupun "two-pieces". Kami tidak akan mengatakan ianya hak ekslusif rekaan kami kerana ada juga butik atau toko lain yang menghasilkan jubah yang serupa. Mungkin perbezaan yang wujud adalah daripada segi jenamanya sahaja. Pernah lihat ikon dakwah yang terkenal di Malaysia iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohamad memakai jubah ini? Ya beliau selalu tampil di sesi ceramahnya dengan mengenakan jubah rekaan sebegini sambil digayakan dengan tudung express twist yang menutup bahagian dada dan memakai but yang sungguh stylish. Saya juga pernah menghadiri seminar yang menampilkan prof. sebagai motovator di IKIM tahun lepas. Siapa kata wanita muslimah tidak perlu bergaya dan hanya berbaju kurung sahaja. Sesekali ubah penampilan dengan berjubah. Tentu lebih manis dipandang...Tidak kurang juga dengan Yatt Hamzah, beliau memang bijak bergaya...apa sahaja dipakai manis dilihat.

                                    Gambar hiasan_ image google...(bukan dari koleksi kami)
image google...(bukan dari koleksi kami)
image google...(bukan dari koleksi kami)
image google...(bukan dari koleksi kami)
Yatt Hamzah-Credit to Salsabeela FB


Jubah Muslimah Potongan Cinderella "one piece"
Untuk yang one piece ianya adalah  rekaan jubah sepertimana jubah-jubah biasa yang disarung terus. Tetapi ianya mempunyai keluasan atau kelebaran yang lebih dibahagian bawah. Jadi ianya kelihatan seperti dress Cinderella. Material yang digunakan ialah lycra yang bermutu tinggi. Kami menghasilkannya hampir 10 warna berbeza. Di bahagian bawah jubah digabungkan warna kontra untuk menghasilkan seperti rekaan "payung" dan kelihatan seakan berombak-ombak.  Jubah ini mendapat sambutan hangat daripada muslimah bekerjaya. Ianya cantik, trendy dan sopan. Sesuai digandingkan dengan tudung yang menutup bahagian dada.

                                                   Lycra_image google

Jubah Muslimah Potongan Cinderella "two pieces"
Untuk yang two pieces ianya adalah  rekaan jubah yang menggabungkan skirt kembang bersama blaus "fish tail". Material yang digunakan ialah lycra yang bermutu tinggi. Skirt yang kembang tersebut mempunyai kelebaran yang sesuai dan longgar serta tidak membataskan pergerakan si pemakainya. Kami menghasilkannya hampir 10 warna berbeza. Di bahagian bawah blaus atau top dijahit supaya menghasilkan seperti rekaan "payung" dan kelihatan seakan berombak-ombak. Ianya cantik, trendy dan sopan. Sesuai digandingkan dengan tudung yang bercorak ataupun yang "plain" dan menutup bahagian dada.

Top "two pieces" boleh juga dipadankan dengan seluar pallazo.


Harga
Harga yang ditawarkan In Sha Allah berpatutan dan mampu dimiliki.

Dimana boleh mendapatkannya?
Silalah berkunjung ke butik kami di RoseZie Collection Bazaar@Seven, Seksyen 7, Shah Alam Selangor. Kami buka setiap hari daripada jam 11 pagi hingga 10 malam.

Salam sejahtera,
RoseZie

Friday 2 November 2012

Seluar Pallazo-Terhangat Di Pasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan menwar-warkan mengenai seluar Pallazo. Seluar ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan-pelanggan saya. Ini adalah seluarnya yang longgar, mudah disuaipadan dan kelihatan trendy dan retro....

Ianya boleh digayakan dengan top, baju fish-tail  ataupun blaus labuh...Suai padan agar masih terserlah kesopanan dan gaya musilimah...

Pallazo yang terdapat di butik saya ialah yang diperbuat daripada kain Lycra dan juga sifon. Ianya adalah cantuman 4 keping kain..menjadikannya longgar dan selesa apabila melangkah. Dengan gaya "color-block" sekarang adalah tidak menjadi kejanggalan untuk memadankan warna berbeza pada seluar dan baju atas (top). Serlahkan keanggunanmu...

Sejarah seluar pallazo bermula sejak 1960an lagi iaitu di Amerika Syarikat. Lihat disini untuk keterangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Palazzo_trousers.

Jom layan foto pallazo pants credit to image google...




Salam sayang,

RoseZie