Tuesday 18 December 2012

Koleksi Tasneem 2pcs Plain/Bercorak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila stok sudah masuk, dengan rajinnya saya akan mengemaskini dan memasukkan foto terbaru di FB mahupun di blog. Untuk memudahkan anda membuat pilihan kami memperkenalkan nama-nama kepada semua koleksi kami..jadi bila ke kedai/butik kami nyatakan sahaja nama koleksi tersebut.

Koleksi yang terkini dan mendapat sambutan hangat ialah koleksi Tasneem iaitu 2 helai yang terdiri daripada  blaus muslimah dan skirt kembang princess cut. Selain itu anda juga boleh memadankan blaus muslimah tersebut bersama jeans, pallazo atau skirt kembang. Kiranya 2 dalam satu…Tasneem diperbuat daripada material lycra terbaik dan kami menyediakan pelbagai warna dan saiz bermula daripada S hingga ke XL. Blaus Tasneem adalah berwarna plain longgar dan direka dengan cuff di tangan, agar tidak melurut ke bawah sekiranya anda mengangkat tangan, dan tidak perlu lagi memakai sarung lengan. Manakala skirt pula adalah yang longgar dan kembang dan bercorak. Jadi jika berminat sila pm kami di FB Roseziecollection atau emel di roseziecollection@gmail.com. Jika berkesempatan silalah berkunjung ke butik kami. InsyaAllah harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan kami buka setiap hari daripada jam 11 pagi hingga 10 malam. Jumpa anda di sana.

Jom tengok foto koleksi Tasneem 2 pcs (Plain+bercorak).






Jom tengok foto koleksi Tasneem 2 pcs (Bercorak).



Salam sayang,
Rose Zie

No comments:

Post a Comment