Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
Pos kali ini saya akan berkongsi
tips atau trick untuk memilih seluar/celana yang sesuai mengikut bentuk tubuh
kita masing-masing. Tips ini dirasakan amat sesuai untuk diamalkan kerana ada
yang tersalah memilih seluar yang sesuai menjadikan mereka lebih “kurang”
cantik atau pun seluar tersebut terus tidak dipakai walaupun hanya sekali
sahaja pakai dan mahal harganya. Membazir bukan? Kebanyakkan kita meluangkan
berjam-jam lama di kedai dan dari satu butik ke butik yang lain hanya untuk
memiliki sehelai seluar kan…ianya bukan kerja mudah. Betul tak?
Sekarang kita lihat jenis seluar
dan kesesuaiannya (image google).
Seluar “straight leg”
Ianya adalah seluar yang sesuai
dengan semua jenis bentuk badan…atau istilah “selamat untuk semua” ini kerana
ianya mempunyai kelebaran yang seragam dari bahagian atas seluar hinggga ke
bawah. Ianya juga menghasilkan ilusi
lurus sepanjang kaki anda. Ianya menyembunyikan pinggang dan juga pinggul yang
besar sekaligus membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Wah menarik bukan.
Dan elakkan membeli seluar jenis ini yang mempunyai “taper” atau lipatan keatas
yang akan menampakkan anda pendek dan kurang keseimbangan atas dan bawah.
Sememangnya memilih seluar jenis ini adalah berbaloi dan yang penting anda lebih
kelihatan cantik.
Seluar “Boot cut”
Pada asalnya seluar jenis ini
direka untuk dipakai bersama but iaitu memasukkan but anda di dalam seluar,
namun kini penggunaannya untuk dipadankan dengan semua jenis kasut. Ianya
bersifat tradisional dan muat untuk pinggang dan pinggul anda dan lurus, ianya
memberikan gaya “full figure” menghasilkan ilusi kaki lebih panjang dan cantik, sesuai untuk semua jenis bantuk
badan.
Seluar “skinny”
Ianya bukan untuk semua
orang…kerana ianya direka khas untuk mereka yang mempunyai bentuk badan
“hour-glass” atau yang dan lebih digemari oleh anak muda atau teenagers. Dan
kegilaan terhadap skinny telah menghasilkan pelbagai rekaan seluar jenis ini
dengan pelbagai fabric dan warna garang seperti pink, merah, hijau dan maroon.
Seluar jenis ini dkategorikan seluar untuk yang kurus dan sesuai jika
dipadankan dengan but yang dipakai di luar iaitu seluar dimasukkan dalam but
dan disesuaikan dengan pakaian labuh…ala macam model jaket tu…
Seluar “wide leg”
Ianya lebih sesuai kepada wanita yang
tinggi dan tidak berisi atau lain kata sedikit kurus. Ianya direka tidak
terlalu ketat dan longgar di bahagian bawah kaki…dan sedikit mengikut bentuk
peha. Dan penggunaan heel memberikan efek yang lebih menarik. Tapi heels jangan
yang tinggi sangat ya..sebab lari konsep penggunaan seluar ini iaitu simple dan
elegan.
Seluar “cropped pants”
Pernah dengar tak? Saya rasa
jarang yang mendengar tapi ramai yang pernah melihatnya Cuma tidak perasan apa
nama seluar ini. Seluar jenis ini adalah seluar yang pendek atau lebih singkat
dan diatas buku lali anda. Ianya sesuai digayakan diwaktu musim panas. Untuk
yang sedikit berisi penggunaan seluar yang diatas buku lali atau atas sedikit
adalah digalakkan. Jika memilih yang lebih singkat ianya menyebabkan anda lebih
berisi.. Namun sebaliknya untuk yang tinggi pilih yang
dibawah buku lali…untuk efek tidak terlalu tinggi atau nampak senteng.
Seluar “Pallazo”
Ianya adalah seluar yang amat
popular sekarang kerana lebih murah dan selesa. Tapia was jangan membeli seluar
pallazo yang ketat di bahagian pinggul kerana menampakan imej seksi dan tidak
selesa. Seluar palloza juga perlu disesuaikan mengikut ketinggian anda, jadi
pilih yang sama dengan ketinggian anda iaitu tidak terlalu labuh atau senteng
kerana ianya mencacatkan penampilan anda. Untuk yang kurus anda boleh “tight
in” baju/top anda ke dalam seluar pallazo, namun jika anda berisi jangan
melakukan demikian kerana menampilkan efek lebih berisi dan gempal. Jadi
pilihlah pallazo yang sesuai…
Rumusannya ialah seluar jenis apa pun kena cuba dulu, baru beli ok
sebab wanita akan Nampak sehelai seluar itu cantik dimatanya padahal jika
disarung pada badan sendiri memang ada kekurangannya disitu, jika tiada
kekurangan ayuh ke kaunter bayar yer..hehhehe.
Ok selamat memilih seluar yang
sesuai untuk anda dan pastikan “syariah compliance” baru beli…
Salam sayang,
Rose Zie
No comments:
Post a Comment