Thursday 21 February 2013

Pakaian untuk "mix and match"

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah atau tidak anda merasai bingung pakaian atau outfit yang mana untuk dipakai ketika keluar bersantai? Saya memang selalu begitu. Mungkin jika pakaian ke pejabat tiada masalah kerana kebiasaannya wanita bekerja seperti kita semua memakai baju kurung ataupun jubah 2pcs (Tasneem, Amina, dll) ataupun berkebaya dan baju kebarung...Namun masalah timbul bila mahu memilih pakaian untuk ke taman bersama anak-anak, berjumpa teman, keluar makan angin atau sebagainya. Jom kita berkongsi tips mix and match. Kadang-kadang orang sudah boleh mengagak apa yang akan kita pakai jika tidak bijak menggabungkan pakaian yang ada dalam almari kita kan...jangan jadi begitu.

1. Gabungkan warna asas, warna terang, warna pastel...


2. Seluar, skirts atau lebih tepat bottom mestilah 35% yang harus anda miliki, selebihnya 65% peruntukkan untuk membeli top iaitu blaus...sebab bottom biasanya berwarna gelap..jadi tiada siapa akan perasan jika anda ada banyak seluar/pants tapi asyik blaus yang sama orang akan perasan. Betul tak?



3. Suai padankan dengan shawl, tudung, kasut, beg dan aksesori..biar nampak cantik dan menarik tetapi elakkan berlebihan..less is more.

4. Tada ini antara koleksi yang berjaya di google







Semoga anda beroleh idea untuk keluar jalan-jalan. Pakaian imej kita.

Salam sayang,
Rosezie

No comments:

Post a Comment