Friday, 23 November 2012

Warna dan pengaruhnya pada Emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Warna pakaian atau warna kamar tidur dan cat dinding rumah kita sebenarnya boleh mempengaruhi kita lebih daripada apa yang kita jangka dan fikirkan. Di dalam kehidupan seharian kita sebenarnya dipenuhi dan dikelilingi dengan pelbagai warna. Bayangkan hidup kita seperti keadaan di dalam tv hitam putih…mesti membosankan. Ada kajian menunjukkan kita “merasa” warna lebih daripada kita melihatnya. Itulah penyebab kita sering terpesona dengan makanan yang bervariasi warnanya dan tidak kosong sahaja. Dalam islam warna yang disyorkan ialah hijau dan putih. Pereka bentuk dalam ataupun “interior designers” menggunakan warna untuk inspirasi, tenaga dan ketenangan. Jadi warna juga mempengaruhi apa yang kita pakai….Tak percaya? jom cuba gayakan warna yang berbeza untuk seminggu..5 hari, 5 warna berbeza..dan catatkan emosi, mood dan kelakuan anda.
Dan sekarang masanya untuk kita menambah ilmu mengenai warna dan pengaruhnya dalam emosi kita:
Merah
Mahu mendapat perhatian seseorang hari ini? Cuba merah. Warna merah sebenarnya boleh menguasai dan memperkasakan anda serta menarik sesorang kepada anda. Ianya selalu dikaitkan dengan romantik, dan keghairahan dan sesuai sebagai warna tema untuk temujanji anda bersama insane istimewa. Harus diingatkan bahawa merah juga sering dikaitkan dengan warna yang membangkitkan selera makan dan sering lapar…itulah sebab mengapa KFC dan  McD menggunakan warna merah sebagai tema restoran dan logo mereka. Oleh itu berhati-hati dalam memilih warna pakaian anda jika anda dalam zon berdiet.

Image google...
Jingga atau oren
Seperti juga warna merah, jingga juga membuahkan daya tarik positif dan tenaga, tetapi tidak sekuat merah. Ianya membangkitkan daya tarik dan tenaga yang sederhana dan lebih lembut. Jingga sukar dipadankan dengan banyak jenis ton kulit. Jadi cuba dahulu warna oren pada badan anda sebelum membeli atau memilikinya…seperti baju kurung jingga…



Kuning
Warna kuning boleh menceriakan hari anda yang sunyi dan membosankan serta hari “buruk” anda. Memakai pakaian kuning sebenarnya membangkitkan semula mood anda yang sedih itu. Kuning juga dikaitkan dengan intelektual dan inspirasi. Jadi pakai warna kuning dihari anda memjawab kertas peperiksaan mungkin ianya boleh membangkitkan idea dan mencerdaskan fikiran anda pada hari tersebut. 


Hijau
Hijau adalah warna yang mententeramkan dan melembutkan, kerana ianya bersatu dengan alam dan persekitaran luaran kita seperti damainya tatkala melihat pokok, sekebun taman, seluas lautan memandang kebun teh dan sebagainya. Hijau juga menyegarkan dan boleh mengurangkan stress. Ada kajian yang menyatakan memandang pada yang berwarna hijau dapat menghilangkan stress terutama selepas menelaah pelajaran menjelang peperiksaan. Jadi pakailah hijau untuk lebih tenang dan memtemteramkan insane sekeliling anda.



Biru
Biru seringkali dikaitkan dengan warna yang mendamaikan dan mententeramkan dan menyejukkan. Sepertimana perasaan kita memandang sebiru lautan di pantai indah. Jika anda diselubungi stress apakata pakai biru dan anda akan rasa lebih tenang…Kajian juga menyatakan seseorang yang suka warna biru lebih kreatif. Jadi pakailah biru dihari temuduga anda…



Ungu
Warna ungu dikaitkan dengan warna agung dan sofistikated, kreatif dan kemewahan. Sepertimana merah, ungu membangkitkan tenaga dan berkait rapat dengan spirit dan gerak hati. Oleh itu jika ingin gerak hati yang positif pakai ungu dan rasakan kuasanya…


Merah Jambu
Merah jambu adalah warna kegemaran wanita, kanak-kanak perempuan ataupun dikaitkan dengan “true girly-girl’s favorite color”. Tetapi ianya adalah warna romantik dan tenaga positif serta kegembiraan kebahagiaan.  Merah jambu menyamankan dan sesuai untuk temujanji romantis anda. Tapi jika anda sememangnya tidak sukakan warna jambu, jangan sesekali mencubanya, boleh jadi hari anda jadi “buruk”.



Putih
Putih melambangkan kebersihan, kesunyian dan keaslian dan kedamaian..serta kesederhanaan. Pakai kontra putih untuk membangkitkan warna lain contohnya white belt untuk dress hitam. Itu adalah kuasa putih yang “highlight” warna lain.


Hitam
Hitam itu menawan. Ianya membuahkan perasaan kuasa, keseriusan, tanggungjawab. Pakai hitam di hari temuduga….sut hitam..anda lebih mempunyai peluang cerah mendapat kerja pada hari tersebut….Warna hitam membuatkan ilusi optik dengan menjadikan anda lebih kurus dan langsing…cubalah bandingkan anda pakai hitam dan pakai warna lain…
mesti ada bezanya.




Kesimpulannya warna amat memainkan peranan membangkitkan mood anda. Cubalah pelbagai warna, supaya hidup anda seindah pelangi, seceria mentari, semekar bulan mengambang, segemerlap bintang dilangit.


Sumber: http://www.collegefashion.net

Salam ceria,
Rose Zie

No comments:

Post a Comment