Assalamualaikum Ladies,
Kali ini saya kan berkongsi Tips Kelihatan Muda secara islami. Untuk panduan kita bersama.
Petua
1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua
2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan
biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali.
Kemudian, ...baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu
pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah
kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah
surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah
kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6
: Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali
mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari
hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat
banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta
awet muda.*susahnya nak cari embun sekarang ni...
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air
telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya
terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba
orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni
kalau kalian ada air telaga la yer.
*susahnya nak cari telaga sekarang ni...
Petua 9: Muka kita biasanya
akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk
mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan
dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi,
pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di
susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu
diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana
ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Kredit kepada: aenarasa.blogspot.com
Kecantikan hanya dapat dimiliki jika yakin diri..dan tidak semua penilaian tentang kecantikan adalah sama...
Selamat mengamalkan.
Salam sayang,
Rose Zie