Thursday, 17 January 2013

Petua Kulit Cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya sempena kedatangan tahun baru 2013 akan memupuk azam baru untuk memiliki kulit cantik dan berseri tanpa modal yang mahal kan...bersemangat saya melihat penampilan Dato' Siti Nurhaliza di tahun 2013...memang berseri dan nampak sangat ayu kan...
Notice tak Dato' Siti pakai shawl leapord print...cantik kan...Image google


Siapa kata kita tidak boleh menjadi secantik dia kerana kita bukan jutawan..apakata kita cuba petua/tips dibawah ini:

1) Bersihkan wajah..keringkan dengan tuala bersih dan sapukan plain yogurt pada wajah...dan biarkan kering...seeloknya dibuat diwaktu malam..sambil berehat dan membaca...selepas kering, bersihkan dengan air dan keringkan...Lakukan seminggu 2 kali..akan ada perubahannya...


2) Bersihkan wajah..keringkan dengan tuala bersih dan sapukan madu, biarkan kering...dan bilas dengan air dan keringkan...


3) Ambil telur putih dan sapukan pada muka yang bersih...biarkan kering dan bilas...hasilnya kulit akan tegang...tak perlu membazir beli mask yang mahal-mahal.


4) Untuk mata segar, hiris timun, letakkan diatas mata yang tertutup dan enjoy your silent time...memang enjoy...



5) 3) Ambil lendir aleovera dan sapukan pada muka yang bersih...biarkan kering dan bilas...hasilnya kulit akan tegang dan licin...


Sekian dulu tips untuk kali ini...namun yang pasti jangan putus asa, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan...Jangan lupa berdoa ya...(Image: Ihsan google).

Salam sayang,
Rose Zie

Tuesday, 15 January 2013

Koleksi Blaus Terbaharu

Assalamualaikum,

Ini adalah blaus muslimah terbaharu kami. Sila dapatkan di butik kami di Shah Alam.


Salam sayang,
Rose Zie

Koleksi Asma' 2013

Assalamualaikum,

Ini adalah koleksi terbaharu kami iaitu Koleksi Asma'.


Salam sayang,
Rose Zie

Koleksi Terbaharu Tasneem 2 pcs 2013

Assalamualaikum...

Ini adalah foto koleksi terbaharu Tasneem 2pcs untuk 2013...












Salam sayang,
Rose Zie

Friday, 4 January 2013

Ramalan Warna 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun baru lebih memberikan kita semangat untuk lebih berusaha dan berjaya dalam pelbagai bidang dan yang paling penting untuk menjadi muslimah bergaya dan berjaya dunia akhirat.

Dan seperti mana tahun-tahun lepas banyak orang memperkatakan mengenai ramalan warna setiap tahun...dan tahun ini warnanya ialah emerald green...


Chictop.com

Dan blogger dan vlogger terkenal iaitu Puan Maria Elena juga telah mengenakan busana berwarna kehijauan pada satu majlis resepsi beliau baru-baru ini. Cantikkan...dan masih ingat pada majlis resepsi Scha dan Awal, meraka juga menggayakan sepasang songket berwarna kehijauan...memang padan dengan mereka.


Image google....terima kasih

Selamat mencari outfit yang berona hijau emerald ya.

Salam sayang,
Rose Zie